4.6 C
New York
Thursday, December 5, 2024

GWM Tank 500 dipertontonkan di Malaysia – SUV 7-tempat duduk, 2.0T hybrid; bakal tiba di sini pada 2025


GWM Tank 500 dipertontonkan di Malaysia – SUV 7-tempat duduk, 2.0T hybrid; bakal tiba di sini pada 2025

GWM turut mengambil kesempatan menerusi penganjuran Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 dengan mempertontonkan SUV off-road tujuh-tempat duduknya, Tank 500, iaitu abang kepada SUV lima-tempat duduk Tank 300. GWM Malaysia berkata Tank 500 ini bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2025, dan ia mampu memberikan persaingan buat Ford Everest dan Toyota Fortuner.

Dengan dimensi berukuran 4,928 mm panjang, 1,934 mm lebar dan 1,905 mm tinggi, 500 adalah 160 mm lebih panjang, empat milimeter lebih lebar dan dua milimeter lebih tinggi berbanding 300, sementara jarak rodanya 2,850 mm iaitu 100 mm lebih panjang. Jika dibandingkan dengan Everest, GWM lebih panjang sebanyak 14 mm, 11 mm lebih lebar dan 64 mm lebih tinggi tetapi jarak rodanya lebih pendek sekitar 50 mm.

Beberapa pilihan penjana kuasa turut ditawarkan untuk 500, termasuklah enjin 3.0 liter turbo-berkembar hibrid ringkas V6 dengan 360 PS dan 500 Nm, tetapi versi yang bakal ditawarkan di sini mungkin sama dengan di Thailand.

Di sana, ia ditawarkan dengan versi hibrid, iaitu gandingan enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder bersama hamburan kuasa 244 PS dan tork 380 Nm serta motor elektrik 106 PS/268 Nm. Gabungan sistem ini menghasilkan kuasa sehingga 350 PS dan tork 616 Nm, yang disalurkan ke semua roda menerusi transmisi HAT (Hydraulic Computerized Transmission) automatik sembilan-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda.

Aspek mekanikalnya juga termasuk 11 mod pemanduan serta electrical differential locks hadapan dan belakang serta mechanical locking centre differential. Ia juga ada fungsi “tank flip” , sistem kawalan kelajuan off-road, pengesan kedalaman air dan Physique Clear System, di mana ia menggunakan kamera untuk superimpose imej jalan di bawah dan hadapan kenderaan untuk meningkatkan pandangan terhadap permukaan jalan yang dilalui.

Kelengkapan customary yang ditawarkan termasuklah lampu utama LED automatik, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED, lampu belakang LED, kamera undur, pemijak sesi yang boleh dilaras secara kuasa, dan roda aloi 20-inci. Untuk ruang kabinnya, ia diberikan paparan instrumen digital 12.3-inci dan skrin sesentuh infotainmen 14.6-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlar, serta upholstery kulit Nappa quilted dan tempat duduk hadapan larasan kuasa dengan fungsi memori untuk bahagian pemandu.

GWM Tank 500 dipertontonkan di Malaysia – SUV 7-tempat duduk, 2.0T hybrid; bakal tiba di sini pada 2025

Selain itu, ia juga diberikan sistem kawalan suhu tiga-zon, sistem bunyi Infinity 12-pembesar suara, tirai suria untuk barisan kedya dan juga perehat belakang larasan kuasa untuk barisan ketiga. Bagi barisan ketiga, terdapat juga butang untuk melipat dan membuka tempat duduk di bahagian itu secara elektrikal dengan hanya menekan satu butang sahaja.

Bagi aspek keselamatan dan kelengkapan bantuan pemandu, Tank 500 diberikan brek kecemasan autonomous, kawalan kelajuan adaptif dengan fungsi cease and go, bantuan pemusatan lorong, pemantauan titik buta, kepekaan trafik lintasan belakang dengan brek auto dan Knowledge Dodge System untuk mengerakkan SUV ini ke tepi luar lorong bagi memberi ruang kepada kenderaan besar dan motosikal.

Berkenaan harganya, untuk pasaran rantau ini, Tank 500 dijangka berharga antara RM350k hingga RM400k. Jadi, agak-agak berapa harganya jika dilancarkan ke pasaran Malaysia?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles